fbpx

Kekasih minta ganti rugi berpacaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi duit kertas Indonesia. - Suara.com

JAKARTA – Seorang wanita dituntut membayar ganti rugi 100 juta rupiah (RM28,000) oleh bekas kekasihnya kerana menolak lamaran kahwin lelaki itu.

Jumlah tersebut perlu dibayar oleh wanita yang berasal dari Samarinda, Kalimantan Timur selama bercinta empat bulan dengan bekas teman lelakinya.

Wanita yang dikenali sebagai HN berkongsi masalah itu menerusi akaun Facebook Forum Perkongsian Polisi dan Masyarakat (FKPM) Pelita Samarinda, baru-baru ini.

Menurut HN, dia berkenalan dengan bekas kekasih bernama RD selama empat bulan sebelum diajak berkahwin namun ditolak wanita itu.

Di awal perhubungan, RD berjanji mahu membiayai perniagaan yang ingin dijalankan HN sehingga dia bersetuju menjalin hubungan istimewa dengan lelaki pertengahan umur itu.

Tetapi lama-kelamaan, dia merasa tidak selesa dengan sikap kekasihnya dan merasakan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar untuk memulakan satu perniagaan.

Berang lamarannya ditolak, RD meminta wang ganti rugi yang dibelanjakan ke atas HN selama mereka bercinta.

Wanita itu mengakui sepanjang bergelar kekasih, lelaki itu telah memberikan sejumlah wang kepadanya sekitar 300,000 rupiah (RM85) hingga 1 juta rupiah (RM286).

Namun HN akan menolak pemberian wang daripada RD jika jumlah yang diberi melebihi 20 juta rupiah (RM5,700) meskipun pernah ditawarkan sehingga 100 juta rupiah (RM28,000).

“Sebenarnya, jika secara keseluruhan HN hanya menerima kurang daripada 20 juta rupiah (RM5,700) malah wang diberikan bukan atas permintaan wanita itu kecuali untuk membeli makanan ringan dan mengisi minyak kereta,” kata satu kenyataan dari Facebook FKPM Pelita Samarinda.

Kes ini masih di bawah kendalian FKPM tetapi mangsa turut disarankan untuk melaporkan hal ini kepada kepada pihak polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI