fbpx

Arab Saudi jamin kebajikan jemaah umrah terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 1 November lalu menunjukkan jemaah umrah menunaikan solat di hadapan Kaabah. – AFP

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi menyatakan bahawa kebajikan semua jemaah umrah dari seluruh dunia yang terkandas di negara itu akan dijaga dengan baik, lapor laman berita Saudi Gazette.

Ketua Jawatankuasa Kebangsaan Haji, Umrah dan Lawatan Arab Saudi, Mazen Derar kelmarin berkata, Kementerian Haji dan Umrah telah mengarahkan syarikat penyedia perkhidmatan umrah untuk menguruskan keperluan jemaah asing yang tidak dapat kembali ke negara masing-masing.

Menurut Mazen, setakat ini terdapat seramai 300 jemaah umrah yang terkandas di kota suci Mekah berikutan penutupan sementara semua pintu masuk dan keluar negara itu baru-baru ini.

Kemasukan jemaah baharu ke negara itu yang dijadualkan tiba minggu ini akan dijadualkan semula selepas arahan penangguhan perjalanan oleh kerajaan Arab Saudi ditamatkan.

Sementara itu, akhbar AlYaum melaporkan, pengendali perkhidmatan umrah telah diarah untuk menyediakan semua kemudahan dan keperluan buat jemaah yang berada di Mekah sehingga jadual penerbangan pulang ke negara masing-masing disambung semula.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Ahad lalu mengumumkan supaya menghentikan kemasukan jemaah umrah dari negara luar sehingga maklumat lanjut dikeluarkan.

Selain itu, segala kemasukan ke negara itu melalui darat, udara dan air turut disekat selama seminggu selepas penemuan varian terbaharu virus Covid-19 dilapor kan di Britain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI