fbpx

[VIDEO] Putus dua jari akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman CCTV kemalangan melibatkan kenderaan Perodua Alza dengan sebuah motosikal Yahama 135LC di Kilometer 5 Jalan Paka-Al Mukhtafi Bilah Shah berhampiran Kampung Bukit Merah, Paka dekat Dungun hari ini.

DUNGUN – Dua sahabat cedera parah dengan salah seorang putus dua jari selepas motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza di Kilometer 5 Jalan Paka-Al Mukhtafi Bilah Shah berhampiran Kampung Bukit Merah, Paka dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, Amirul Aizat Abdullah, 20, yang menunggang motosikal itu putus jari manis dan kelingking kiri manakala pemboncengnya, Ahmad Iadil Najimi E’zani, 16, pula patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan tersebut berpunca daripada kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza yang hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah motosikal.

“Pemandu kenderaan Perodua Alza berusia 33 tahun itu hilang kawalan selepas mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba keluar dari simpang kiri.

“Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang kebetulan melalui laluan itu secara melawan arus,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, impak kemalangan tersebut menyebabkan Amirul Aizat dan Ahmad Iadil Najimi tercampak dari motosikalnya.

Jelas beliau, kedua-dua sahabat itu telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI