fbpx

Lembu Rusia pakai coli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lembu diikat tali dan coli khas untuk membantu mengekalkan suhu badan serta melindungi kulit lembut di bahagian puting susu. – Semyon Sivstev/The Siberian Times

MOSCOW – Kawanan lembu betina di sebuah pekan kecil, ­Oymyakon di Rusia disarungkan coli khas yang diperbuat daripada material wul sepanjang musim sejuk, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Oymyakon ialah sebuah perkampungan terpencil dan paling sejuk di dunia. Suhu di kawasan itu boleh mencapai sekitar -45 darjah Celsius.

Penternak tempatan, Nikolay Atlasov yang berusia 70-an menyatakan coli buatan tangan itu amat sesuai untuk kawanan lembu khususnya ketika musim sejuk bermula.

Coli berbentuk segitiga itu akan disarung pada badan lima ekor lembu betina milik Atlasov yang diternak di wilayah Yakutia.

Setiap kali kawanan lembu dibawa ke lopak air untuk minum, Atlasov akan mengenakan coli itu kerana suhu di kawasan itu boleh menyusut hingga -60 darjah Celsius.

Atlasov menunjukkan coli khas yang dipakaikan pada lima ekor lembu ternakannya di Rusia. – Semyon Sivstev/The Siberian Times

“Ini cara lembu baka Yakut menghabiskan musim sejuk dan merupakan sumber pendapatan kami. Lembu akan beratur dan (lembu) yang paling tua akan minum dulu,” kata Semyon ­Sivtsev, penduduk tempatan yang merakam aktiviti itu.

Coli khas itu diperbuat menggunakan kulit dan bulu kambing biri-biri, bulu arnab atau cebisan kot musim sejuk milik pemilik yang tidak lagi digunakan. Coli itu diikat pada lembu menggunakan tiga utas tali panjang.

Tujuan penggunaan coli itu adalah untuk membantu melin­dungi kulit lembut pada baha­gian puting susu sekali gus me­­ng­elakkan kehilangan sehingga dua liter susu bagi seekor lembu, kata penduduk tempatan.

“Perkara utama ialah memastikan suhu badan haiwan itu kekal hangat. Kawanan lembu ini tidak memakai pakaian lain, cuma coli khas,” kata Semyon.

Perkampungan Oymyakon dikenali sebagai tempat paling sejuk di dunia yang di­diami manusia dan digelar Pole of Cold (Kutub Kesejukan). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI