fbpx

Bersabarlah Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI wajah Zizan Razak yang menjadi bahan jenaka netizen ketika pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 baru-baru ini.

Biarpun Anugerah MeleTOP Era 2020 sudah melabuhkan tirainya, tetapi cerita-cerita belakang tabir program tersebut masih bertiup kencang.

Paling banyak diperkatakan ialah kisah lamaran Kamal Adli kepada Uqasha Senrose.

Mizz Lahar tengok, memang bersemutlah media sosial mereka sejak beberapa hari lalu, baik Kamal atau Uqasha, masing-masing dihujani ucapan tahniah dan video momen lamaran tersebut.

Namun, dalam keghairahan ucapan tah­niah, terselit pula bab Zizan Razak yang menjadi bahan jenaka netizen.

Apa yang Mizz Lahar faham, perkara tersebut tercetus selepas riak wajah Zizan yang kelihatan teruja muncul dalam televisyen saat momen kejutan lamaran berlaku di pentas utama.

Tidak dinafikan mimik muka Zizan memang sedikit lucu, namun disalah tafsir oleh netizen sehingga ada yang mendakwa Zizan kecewa melihat babak indah tersebut.

Netizen menjadikan reaksi Zizan sebagai bahan jenaka khusus untuk golongan yang bersedih kerana belum bertemu jodoh.

Kasihan pula bila baca semua komen tersebut sebab mereka seperti tidak memikirkan perasaan orang lain terutama tuan punya badan (Zizan).

Setahu Mizz Lahar, Zizan bukan tidak mahu berumah tangga tetapi belum bertemu calon yang sesuai. Mizz Lahar doakan Zizan akan bertemu dengan wanita yang lebih baik selepas ini. Sabar dan jangan bersedih ya!

MIZZ LAHAR: Hanya mampu senyum bila ada pihak tidak puas hati dengan sikap Ben Amir yang dikatakan susah beri kerjasama khususnya dengan pihak media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI