fbpx

Air kolam ikan keli punca pencemaran air Sungai Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengusaha ikan keli dan empat pekerjanya ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pencemaran air Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang pada 7 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati pelepasan air dari kolam ikan keli di Serendah, Hulu Selangor itu punca pencemaran yang menyebabkan loji rawatan dihenti tugas.

Katanya, bertindak atas maklumat kita menahan pengusaha ikan keli berusia 50 tahun itu pada pukul 9.30 malam Bukit Sentosa.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengusahakan kolam ikan keli itu sejak tiga tahun tanpa lesen yang sah.

“Susulan itu, kita menahan empat lelaki warga Indonesia yang juga pekerja kolam ikan keli berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI