fbpx

16 penduduk Jalan Atas Paloh dakwa dianiaya kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penduduk mengadakan bantahan menuntut janji dan pampasan mengenai isu rumah mereka di Jalan Atas Paloh hari ini. FOTO : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Merasakan bahawa dirinya tertipu dengan janji sebuah syarikat milik kerajaan negeri, seorang daripada 16 penduduk di Jalan Atas Paloh di sini telah tampil membuat laporan polis.

Mohd. Naqid Md. Hassan, 38, mendakwa, kerajaan negeri telah menawarkan Unit Rumah Mampu Milik Raudhah, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kepada penduduk selepas rumah mereka dirobohkan tahun depan.

Katanya, dia tampil untuk membuat laporan polis selepas membaca satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak PKINK baru-baru ini.

“Dalam kenyataan itu, pihak terbabit telah menawarkan rumah kepada 16 keluarga yang menghuni tanah Jalan Atas Paloh di sini.

“Sebelum ini, kami telah dipanggil untuk membuat pengundian untuk mendapatkan rumah, namun hanya tiga orang sahaja daripada 16 penduduk yang hadir.

“Ketika itu, penduduk berkenaan telah diberi taklimat dan menawarkan rumah Blok A Raudhah pada harga RM45,000 untuk satu unit dan penduduk telah menolak tawaran tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Menurut Mohd. Naqid, sebelum ini, dia telah membuat laporan polis pada 20 September lalu kerana mengikut perjanjian asal penduduk akan diberikan rumah di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini sementara menunggu rumah Raudhah siap sepenuhnya.

Katanya, bagaimanapun,kenyataan itu dianggap palsu dan penduduk rasa tertipu kerana projek pembinaan rumah Raudhah dan rumah sementara PCB juga masih terbengkalai sehingga hari ini.

“Projek pembinaan rumah Raudhah juga masih terbengkalai sehingga hari ini. Kami juga telah diminta untuk mengosongkan rumah di tapak itu pada 14 Februari depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pihaknya telah menerima laporan itu semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN