fbpx

‘Sepakat Membina’ lagu baharu Angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Fattah (dua dari kanan) ketika majlis pra pelancaran sambutan jublis emas Angkasa.

KELANA JAYA- Alunan lagu bertajuk ‘Sepakat Membina’ berjaya diangkat sebagai juara pertandingan mencipta lagu rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik daripada Ishak Ahmad itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 selain akan menjadi lagu rasmi Angkasa bermula 2021.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya menerima lebih 44 penyertaan seluruh negara dalam pertandinga itu yang mengangkat tema semangat koperasi.

“Proses penjurian lagu-lagu dipertandingkan itu dibuat oleh barisan juri profesional diketuai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Mokhzani Ismail selain barisan kepimpinan Angkasa.

“Antara perkara yang diteliti ketika penjurian termasuklah elemen kreatif yang dipamerkan dalam gubahan lagu dan lirik selain memenuhi tema semangat koperasi,” katanya pada Majlis Pra Pelancaran Sambutan Jubli Emas Angkasa di sini tadi.

Pada majlis itu, Angkasa turut melancarkan logo ANGKASA50 sebagai identiti korporat baharu selari dengan pencapaian memperkasa gerakan badan koperasi selama 50 tahun penubuhan bermula tahun 1971.

Sementara itu, bercakap mengenai sambutan jubli emas Angkasa, Abdul Fattah berkata, majlis itu dijangka diadakan pada bulan Mei tahun depan selari dengan tarikh ulang tahun penubuhan badan itu.

Pelbagai program dan pertandingan menerusi platform media sosial akan dilaksanakan bagi menyemarakkan penyertaan anggota koperasi sekali gus meraikan lagi sambutan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI