fbpx

Lelaki dituduh guna dokumen palsu untuk dapat projek kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan projek kerajaan, dua tahun lalu.

ALOR SETAR – Seorang pengarah urusan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen bank palsu untuk mendapatkan satu projek kerajaan, dua tahun lalu.

Tertuduh, Naim Arshad, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Naim didakwa menggunakan dokumen palsu berkenaan iaitu penyata bank CIMB milik syarikatnya, Paradigm Energy Sdn. Bhd. (PESB) bagi Mac hingga Mei 2018 dalam permohonan tender Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) Kementerian Kesihatan Malaysia di Kedah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di sini pada 23 Julai 2018.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping dilakukan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap Naim yang diwakili peguam Md. Yunos Shariff. Tertuduh membayar jaminan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI