fbpx

CTRM terima anugerah Accredited Member daripada Airbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat pembuat komponen komposit pesawat, Composites Techno­logy Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), telah menerima anugerah Accredited Member bagi ka­tegori struktur aero daripada syarikat pengeluar pesawat terbesar dunia, Airbus SE.

Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, anugerah itu te­lah diumumkan bersempena Hari SQIP (Supply Chain and Quality Improvement Program) Airbus untuk tahun 2019 yang telah dijalankan di ibu pejabat Airbus di Toulouse, Perancis baru-baru ini.

Menurutnya, anugerah Acc­redited Member merupakan pencapaian tertinggi yang diberikan oleh Airbus kepada syarikat-syarikat pembekal mereka pada Hari SQIP tahunan.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha Airbus untuk menggalakkan kecemerlangan dalam kualiti produk dan kecekapan penghasilan dalam kalangan para pembekal,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

CTRM merupakan syarikat pembekal Airbus Tier-2 yang pertama di dunia yang menerima pengiktirafan anugerah Accre­dited Member tersebut.

Ini adalah tahun kelima berturut-turut CTRM menerima pengiktirafan daripada Airbus.

Setiap tahun, Airbus akan menjalankan kajian penilaian ­prestasi yang menyeluruh ke atas semua syarikat pembekal mereka­ di seluruh dunia bersempena Hari SQIP tahunan mereka.
Shamsuddin menerangkan, kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan kerjasama berpa­sukan warga kerja CTRM.

“Pengiktirafan ini adalah hasil daripada pelaksanaan pelbagai projek penambahbaikan secara berte­rusan dalam tempoh 24 bulan yang lalu.

“Kami berharap ia akan mempertingkatkan lagi reputasi CTRM dan seterusnya membuka jalan bagi kami mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan di dalam industri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI