fbpx

Siti Nordiana, Haqiem Rusli ungguli AME 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Haqiem Rusli dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita sempena AME2020.

PUTRAJAYA – Penyanyi Siti Nordiana melakar sejarah manis apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Top Top MeleTOP Wanita untuk dua tahun berturut-turut.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan Siti Nordiana membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Dia sebelum itu turut membawa pulang tiga trofi menerusi kategori Top Top Grup/Duo MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP dan Artis Versatil MeleTOP dengan hadiah wang tunai RM5,000 bagi setiap kategori.

Penyanyi Haqiem Rusli pula muncul sebagai pemenang bagi kategori Top Top MeleTOP Lelaki sekali gus membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Dua lagi kategori yang diungguli Haqiem ialah Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Lembah Kesepian.

Untuk kesemua 15 kategori yang dipertandingkan, pemenang menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sebuah trofi.

Setiap pemenang dipilih berdasarkan undian tertinggi dalam kalangan calon Top 5 bagi setiap kategori.

Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), AME 2020 dihoskan tiga gandingan pengacara sensasi popular, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Zizan Razak.

Tampil dengan tema Yang Epik, Yang Legend, anugerah tersebut menampilkan persembahan daripada barisan artis popular seperti Floor 88, Anuar Zain, Haqiem Rusli, Misha Omar, Andi Bernadee, Aina Abdul, Yonnyboii, Zynakal, Ernie Zakri dan ramai lagi.

Terdahulu, AME 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 12 April lalu terpaksa ditangguhkan susulan penularan pandemik Covid-19.

Senarai penuh pemenang AME2020:

Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle
Artis Baharu MeleTOP: Han Byul
Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen
Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah
Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019
Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana
Hos MeleTOP: Alif Satar
Drama MeleTOP: Sweet Dream
Pelakon MeleTOP: Ben Amir
Grup/Duo MeleTOP: Siti Nordiana & Khai Bahar
Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli
Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
Filem MeleTOP: Ejen Ali
Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production
Top Top Grup/Duo: Khai Bahar & Siti Nordiana
Top Top MeleTOP Lelaki: Haqiem Rusli
Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
Anugerah Khas MeleTOP: Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah
Anugerah Wira MeleTOP: Ustaz Ebit Lew

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI