fbpx

Ekspresi keprihatinan Smart Reader ekoran pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sembang Korporat

Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd. (Smart Reader) telah berjaya membina jenama yang kukuh sehingga meletakkan nama Malaysia terkenal dalam sistem pendidikan prasekolah melalui sistem francais di peringkat antarabangsa.

Hasil air tangan pengasas syarikat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Dr. Richard Ong dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Profesor Datin Seri Dr. K H Wang telah berjaya melahirkan ribuan kanak-kanak matang ilmu pendidikannya sebagai persediaan menghadapi sesi pembelajaran utama di sekolah.

Kini legasi perniagaan tersebut diserahkan kepada kedua-dua anak pasangan itu yang memegang jawatan Pengarah Eksekutif di Smart Reader iaitu Kevan Ong dan Keefe Ong bagi meneruskan cita-cita dan impian mereka untuk melahirkan lebih ramai pemimpin pada masa depan.

“Walaupun Smart Reader telah berusia 20 tahun, tetapi masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memperbaiki, menambah baik dan memberi nilai tambah kepada kualiti, perkhidmatan dan operasi sedia ada syarikat,” jelas Kevan dan Keefe dalam satu temu bual bersama Kosmo! di pejabat mereka di Segambut,Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan ketara kepada semua sektor ekonomi termasuk pendidikan dan bagaimana Smart Reader menghadapi cabaran tersebut?
Satu penggal bagi sesi persekolahan di Smart Reader Kids (SRK) terdiri daripada empat bulan dan bagi penggal pertama iaitu Januari hingga April, ia berjalan dengan lancar tetapi bagi penggal kedua iaitu antara Mei hingga Jun, semua rakyat terjejas.

Oleh itu, kami telah memberi pengurangan yuran kepada ibu bapa sebanyak 50 peratus dan kami juga telah mendapat kerjasama daripada semua francaisi pada masa tersebut.

Apakah sumbangan lain terhadap komuniti sepanjang tempoh pandemik ini?
Kami faham bahawa kumpulan barisan hadapan sangat memerlukan tempat yang kondusif untuk membolehkan anak-anak mendapat didikan dan pengajaran yang sempurna. Semestinya mereka tidak mampu untuk berada di sisi anak-anak di rumah mengawasi mereka khususnya ketika belajar secara online.

Sehubungan itu, bagi menghargai jasa mereka, syarikat telah berbesar hati menawarkan promosi istimewa iaitu pengura­ngan yuran sebanyak 30 peratus selama tiga bulan pertama pada tahun depan.

Berdasarkan kepada pe­ngurangan yuran sebanyak 50 peratus selama dua bulan dan 30 peratus kepada barisan hadapan, bagaimana usaha ini memberi kesan kepada prestasi kewangan Smart Reader?
Dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, kami masih mampu membuka lima lagi cawangan baharu dan ada lagi cawangan yang kini dalam proses untuk dibuka tidak lama lagi termasuk juga di pusat baharu kami di luar negara iaitu di Australia.

Sehubungan itu, kami melihat pada tahun ini dan tahun depan pertumbuhan syarikat adalah berada pada landasan yang masih kukuh dan stabil iaitu kira-kira 10 hingga 15 peratus.

Apakah faktor yang me­­­n­yumbang kepada prestasi ini?
Jenama kami yang kukuh de­ngan kehadiran selama 20 tahun di Malaysia telah berjaya me­ningkatkan keyakinan pelanggan terus setia kepada syarikat.

Selain itu, pusat di Australia pula menunjukkan perkemba­ngan yang baik kerana pendidikan di negara berkenaan tetap diteruskan meskipun lock down dilaksanakan.

Faktor lain pula adalah pengenalan produk baharu berlandaskan kepada prog­ram pembelajaran secara online yang akan diperkenalkan pada tahun depan.

Smart Reader pada tahun ini menyambut ulang tahun ke-20, bagaimana sambutan ulang tahun itu diadakan?
Bagi menghargai kesetiaan pelanggan dan menyampaikan ucapan terima kasih serta kenang budi kami kepada ibu bapa yang setia, kami telah menganjurkan Pertandingan Cabutan Bertuah Kilauan Emas yang mana syarikat menawarkan hadiah lumayan RM100,000 untuk dimenangi.

Pertandingan ini ditawarkan kepada pendaftaran baharu dan juga kepada mereka yang membayar yuran mengikut sepenggal dan juga setahun.

Hadiah yang ditawarkan adalah dalam bentuk barang kemas berkualiti dan bernilai serta baucar beli-belah Tesco bernilai RM300 bagi setiap pemenang. Sehingga kini, kami telah menghadiahkan sebanyak 60 baucar kepada pemenang dan hadiah utama akan disampaikan pada bulan Januari.

Pertandingan ini telah bermula dari bulan September dan bakal berakhir pada 20 Januari 2021. Kami beri jaminan bahawa setiap pendaftaran baharu bagi pelajar akan mendapat hadiah.

Apakah perancangan syarikat pada tahun 2021?
Masih banyak lagi yang perlu dilakukan meskipun Smart Reader telah mencecah umur 20 tahun, seiring dengan perkembangan semasa dan norma baharu ke arah pembelajaran secara online., Kami bercadang memperkenalkan satu program baharu menjelang suku pertama tahun depan.

Program pem­belajaran secara online ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah berumur antara enam hingga 12 tahun dan ia dalam bentuk tuisyen bagi pembelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Sesi pembelajaran bukan sahaja dalam bentuk latihan dan video tetapi sesi berinteraksi dengan guru secara online. Program ini akan membantu ibu bapa daripada berdepan masalah mencari pusat tuisyen, menghantar dan mengambil anak mereka daripada pusat tuisyen.

Pelajar yang sedang mengikuti program tuisyen Smart Reader yang kini seramai 20,000 orang adalah kumpulan sasaran kami dan kira-kira 6,000 pelajar daripada kumpulan itu akan melanggan program berkenaan, bagaimanapun ia terbuka kepada semua pelajar lain.

Bagaimana persiapan SRK sebelum sesi persekolahan bermula?
Kami sedar dan prihatin dengan masalah pandemik Covid-19 yang menyebabkan anak-anak keciciran dalam pelajaran.

Sehubungan itu, kami telah menawarkan Preparatory Programme iaitu satu program persiapan komprehensif untuk anak-anak mengikuti pelajaran yang terting­gal, membantu me­rangsang minda dan mengembalikan fokus mereka untuk memasuki persekolahan pada tahun 2021 de­ngan yakin.

Prog­ram itu akan bermula pada 4 Januari hingga 19 Januari depan dan difokuskan kepada kanak-kanak berumur enam tahun.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI