fbpx

Dukung adik elak rentung kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Darwishah bersama adik perempuannya selamat dalam kebakaran.

KUALA TERENGGANU – Tindakan pantas seorang budak lelaki berusia 12 tahun mendukung adik perempuannya keluar dari rumah yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka dalam kebakaran di Kampung Beladau Kolam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, rumah yang di­dia­mi kanak-kanak itu antara tiga kediaman yang hangus terbakar.

Muhammad Darwishah Abdul Halim berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh adik perempuannya, Hanis Nabila berusia 2 tahun untuk menukar lampin pakai buang.

“Tiba-tiba saya ternampak asap kecil di bilik tidur dan saya terus dukung adik keluar dari rumah.

“Sebaik tiba di pagar rumah, berlaku letupan kuat yang menyebabkan cermin tingkap rumah pecah sebelum api merebak ke rumah jiran,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu kelmarin.

Menurut Muhammad Darwishah, dia kemudian menghubungi bapanya, Abdul Halim Jaafar, 37, yang sedang berada di sangkar ikan milik keluarganya, terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, sebaik pulang ke rumah, dia mendapati rumahnya dan dua lagi sedang terbakar.

“Tiada apa yang dapat di­selamatkan dan kerugian yang kami alami dianggarkan lebih RM50,000 termasuk stok kain ela yang dijual isteri.

“Namun, saya bersyukur ke­dua-dua anak saya selamat. Buat masa ini, kami tujuh beranak menumpang di rumah mertua,” katanya.

Ketika kejadian, ibu Muhammad Darwishah, Azhani Nurulhidayati Abdullah, 37, bersama tiga beradiknya tiada di rumah.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd. Shahril Abd. Halim berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran kerana tekanan air rendah selain jarak pili bomba jauh.

“Kesemua 13 penghuni di ketiga-tiga rumah berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI