fbpx

Pesawat Lion Air tergelincir di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada 26 Jun lalu menunjukkan seorang juruteknik melakukan penyelenggaran pada sebuah pesawat Lion Air di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Tangerang, Indonesia. - AFP

JAKARTA – Sebuah pesawat penerbangan Lion Air jenis Boeing 737-900 ER dilaporkan tergelincir di landasan selepas membuat pendaratan di Lapangan Terbang Radin Inten II di Lampung, Indonesia hari ini, lapor beberapa media tempatan di negara berkenaan.

CNN Indonesia melaporkan pesawat penerbangan JT-173 berlepas dari Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam pada pukul 1.33 tengah hari (waktu tempatan) dan mendarat di Lapangan Terbang Radin Inten II pada pukul 2.45 petang.

Kapal terbang itu membawa seramai tujuh kru kabin dan 125 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi.

Pegawai perhubungan awam Lapangan Terbang Radin Inten II, Pujo Wusono mengesahkan kejadian itu membabitkan sebuah pesawat Lion Air.

“Ia adalah benar ada satu insiden (membabitkan kapal terbang tergelincir),” kata Pujo semasa dihubungi portal berita Kompas.

Bagaimanapun, Pujo tidak dapat memberi butiran lanjut bagaimana pesawat itu boleh tergelincir.

“Insiden itu perlu siasatan lanjut untuk mengenal pasti puncanya,” katanya.

Maklumat awal yang diterima mengesahkan tiada mana-mana penumpang terkorban dalam nahas itu.

Petugas di lapangan terbang itu membantu memindah keluar semua penumpang yang berada dalam kapal terbang berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI