fbpx

Kes Adib dapat pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (empat dari kiri) pada Majlis Perjumpaan dengan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT negeri Kedah di Pejabat Daerah dan Tanah Baling hari ini.

BALING – Kerajaan memberi keyakinan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, dua tahun lalu yang dikatakan masih belum terbela.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kes tersebut perlu melalui pelbagai proses siasatan dan undang-undang bagi mengenal pasti pelaku dalam kejadian berkenaan.

“Apabila satu inkues dibuat di mahkamah, kemudian koroner atau hakim yang dengar inkues buat satu keputusan untuk kes Adib.

“Sebagaimana yang semua maklum, punca kematian (Adib) disebabkan oleh tindakan jenayah oleh dua atau lebih orang yang tidak diketahui,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan dengan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kedah di Pejabat Daerah dan Tanah Baling di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau, tindakan mahkamah ke atas pelaku tidak dapat dibuat kerana keputusan inkues tidak dapat mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes tersebut.

“Atas dasar ini, saya difahamkan peguam negara minta polis untuk buat siasatan lanjut dan apabila polis buat siasatan lanjut, difahamkan polis cadang buat satu inkues baharu.

“Walau bagaimanapun, setakat ini tiada inkues baharu dibuat dan berdasarkan jawapan Menteri Dalam Negeri dalam Parlimen baru-baru ini, polis teliti kembali perkara ini untuk diambil tindakan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI