fbpx

Dua program baharu dirancang bawah inisiatif Penjana KPT-CAP@STATE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPT dan kerajaan negeri Johor mengadakan perbincangan mengenai inisiatif tersebut hari ini.

PETALING JAYA – Dua program baharu telah dirancang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kerajaan negeri Johor menerusi inisiatif Penjana KPT-CAP@STATE.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, program pertama adalah JOBs@State yang akan mewujudkan sebanyak 300 peluang pekerjaan bagi setiap negeri di mana-mana syarikat bawah kerajaan negeri.

“Program dijangka akan memberi faedah kepada 300 graduan. Gaji adalah mengikut tahap kelayakan pendidikan iaitu minimum RM1,700 untuk graduan diploma dan RM2,300 bagi graduan Ijazah Sarjana Muda.

“Tempoh minimum kontrak adalah selama 12 bulan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Program kedua pula, menurut Noraini ialah GRADPERNUER@STATE yang mana ia merupakan program keusahawanan dengan penyaluran dana yang akan dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, ia merupakan satu daripada usaha untuk membantu graduan memulakan dan mengembangkan perniagaan.

“Program ini akan dibuka sebanyak 200 tempat di setiap negeri dan dijangka akan memberi faedah kepada 200 graduan dengan melibatkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM1 juta,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI