fbpx

[VIDEO] Jenazah Tun Rahah selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cuaca mendung dan tenang mengiringi pemergian Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi.

Allahyarham tiba di Masjid Negara diiringi Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur untuk disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negara.

Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Husni memimpin solat jenazah dan bacaan talkin.

Jenazah selamat disemadikan pukul 3.15 petang tadi dengan penyerahan bendera Malaysia daripada oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sallehhuddin Hassan kepada Najib.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat tiba ke istiadat tersebut.

Orang ramai turut memenuhi pekarangan Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah dibawa dari Masjid Ar Rahah selepas dimandi serta dikafankan dan diiringi Najib dan Rosmah.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat tiba di Masjid Ar Rahah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Tun Rahah, 87, yang juga balu kepada Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara pukul 4.45 petang semalam. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI