fbpx

[VIDEO] Tiga beradik dikebumi di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga mangsa tiga beradik maut akibat kemalangan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh hari ini. Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga di pekarangan Jabatan Forensik HRPB yang menunggu bedah siasat terhadap tiga beradik tersebut sejak malam tadi.

Ketiga-tiga jenazah dibawa pulang ke Melaka sebentar tadu dan akan disemadikan di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam hari ini.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah dimandi dan dikafankan sebelum disolatkan selepas proses bedah siasat selesai.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang semalam, tiga beradik tersebut terkorban di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kereta jenis Perodua Axia dipandu ibu mereka, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27.

Nur Aimi mengalami kecederaan parah dan kini dilaporkan stabil di Unit Rawatan Rapi HRPB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI