fbpx

Netizen suruh saya buka tudung – Hannah Delisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Delisha

PETALING JAYA – Gara-gara marah dengan watak Amani dalam drama Cinta Sekali Lagi, pelakon cantik manis, Hannah Delisha mendedahkan dia diminta membuka tudung oleh netizen.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 24, kerana watak antagonis itu, dia terkejut selepas menerima banyak mesej yang dihantar ke Instagramnya.

“Memang ramai yang marah dengan saya sebab Amani hancurkan rumah tangga kakak­nya, Amanda (lakonan Nelydia Senrose) dengan menggunakan ilmu sihir.

“Malah, ada juga yang menyuruh saya membuka tudung sebab tidak layak memakainya kerana terlampau jahat. Lucu tetapi kalau benci Amani, janganlah marah saya pula,” kata­nya kepada Kosmo! selepas maj­lis memperkenalkan Hannah sebagai duta produk minuman bertenaga Vida semalam.

Hannah Adlina Blackburne Birch, 24,

Dalam pada itu, pelakon filem Langsuir itu bersyukur kerana ramai yang memujinya berjaya membawa watak anta­gonis dengan cemerlang.

“Pada mulanya takut juga orang hentam tetapi terkejut sebab ramai yang puji saya berjaya buat orang benci.

“Saya bangga dengan diri sendiri dan rasanya saya sudah berikan sepenuh jiwa untuk watak tersebut,” ujarnya.

Hannah juga tidak kisah dengan semua gelaran yang diberikan kepadanya seperti Mak Lampir kerana perkara tersebut membuktikan lakonannya berjaya.

Terdahulu, sejak beberapa minggu lalu, nama Amani dan drama Cinta Sekali Lagi yang sudah berakhir tayangannya pada Isnin lalu trending dalam media sosial dan menjadi bualan netizen.

Rata-rata meluahkan kebencian terhadap Amani kerana menggunakan ilmu sihir termasuk nasi kangkang untuk menggoda suami kakaknya, Ungku Fahad lakonan Saharul Ridzwan.

Hannah menerusi Instagramnya mengumumkan sudah memakai hijab pada 8 September lalu selepas ber­akhirnya penggambaran drama Cinta Sekali Lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI