fbpx

Mira Filzah tercalon 100 Wanita Tercantik 2020 media antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira Filzah menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Mira Filzah menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Menariknya, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan antara figura bertudung yang menerima pencalonan tersebut.

Seorang lagi selebriti bertudung yang menerima pencalonan merupakan selebriti media sosial kelahiran Magribi bernama Ihssane Benalluch.

Mira, 27, menerima pencalonan bersama bintang antarabangsa popular lain seperti Billie Eilish, Millie Bobby Brown, Kerry Washington dan Bella Hadid.

Pengumuman tersebut yang diumumkan menerusi Instagram rasmi TC Candler menerima lebih 15 ribu tanda like yang rata-rata memberi sokongan buat selebriti kelahiran Malaysia itu.

Terdahulu, pelakon Fattah Amin menerima pencalonan 100 Lelaki Paling Kacak 2020 yang turut dianjurkan TC Candler. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI