fbpx

5 ditahan jual sijil cuti sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lima individu termasuk tiga wanita ditahan selepas terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil cuti sakit dengan menggunakan nama sebuah klinik swasta.

Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 55 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu dalam beberapa serbuan di sekitar Gombak dan Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bertindak atas laporan dibuat seorang doktor sebuah klinik swasta di Kundang, pihaknya berjaya memberkas kesemua suspek tersebut.

Katanya, kegiatan sindiket ini terbongkar selepas doktor tersebut menerima panggilan daripada pihak pengurusan sebuah syarikat pada 24 November lalu untuk mengesahkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan atas nama kliniknya.

“Doktor tersebut mengesahkan sijil cuti sakit itu palsu sebelum menghubungi nombor telefon yang tertera pada sijil cuti sakit tersebut.

“Seorang lelaki tersebut berjumpa dengan doktor itu sebelum menawarkan RM5,000 agar tidak membesarkan isu tersebut. Susulan itu, beliau (doktor) membuat laporan polis pada Sabtu lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, dalam serbuan tangkapan itu pihak polis turut merampas dua buah komputer, mesin fotokopi, mesin pengimbas serta sekeping sijil cuti sakit palsu yang digunakan untuk mencetak sijil-sijil lain.

“Kesemua mereka direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI