fbpx
AISHAH bagaimanapun menimbulkan persoalan adakah dia akan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada pentas AJL35 kelak ataupun tidak.

Aku Bidadari Syurgamu layak ke AJL35, Aishah menangis gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Aishah menitiskan air mata kegembiraan selepas lagu Aku Bidadari Syurgamu diumumkan layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Dia yang menggantikan penyanyi asal, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 lalu (SFMM45) turut mengucapkan tahniah kepada komposer dan penulis lirik lagu tersebut.

Luahan rasa tersebut ditulis Aishah dalam satu hantaran Instagramnya turut mencetuskan persoalan adakah dia akan menyanyikan semula lagu tersebut pada pentas akhir nanti.

“Malam ini gugur lagi air mata. Saya gembira untuk komposer dan penulis lagu ini.

“Air mata ini juga mengenangkan sama ada pisang akan berbuah dua kali. Berat tapi hanya Allah SWT saja tahu,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Camar Yang Pulang itu yakin bahawa doa insan yang dianiaya akan terbela.

“Saya yakin doa orang teraniaya tiada hijabnya. Hanya Dia yang tahu segalanya,” ujarnya.

Malam tadi, Aku Bidadari Syurgamu diumumkan antara 12 lagu yang berjaya melangkah ke pentas AJL35.

Karya ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah itu bakal berentap bersama 11 lagu lain termasuk Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita dan Semalam dendangan Aina Abdul.

Kesemua lagu yang layak diumumkan pada episod ketiga SFMM35 yang berlangsung malam tadi.

Terdahulu, Aishah yang mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada episod kedua SFMM35 pada 21 November lalu menerima kecaman hebat daripada netizen kerana didakwa gagal menyampaikan lagu tersebut dengan baik. – K!ONLINE

POPULAR