fbpx

Transformasi digital Perpustakaan Negara Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus memperkasakan perkhidmatan digital perpustakaan bagi membudayakan amalan membaca kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Nancy Shukri, berkata sejak perkhidmatan u-Pustaka ini diperkenalkan kepada rakyat pada 2011, keahlian u-Pustaka menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Sehingga 31 Oktober lalu, seramai 515,477 rakyat telah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka.

“Bagi tempoh sama, kandungan digital yang terdapat dalam u-Pustaka adalah sebanyak 13.2 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kandungan digital mengandungi 33,426 naskhah e-buku, judul e-majalah (4,964), artikel surat khabar (6,429,103), e-Jurnal (98,981) dan bahan e-pembelajaran (560,000).

“Kesemua kandungan digital tersebut telah banyak memberi manfaat kepada rakyat terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, Nancy memaklumkan bahawa PNM melalui projek u-Pustaka sebagai Hab Maklumat Negara telah mendigitalkan kandungan tempatan seperti Manuskrip Melayu, buku nadir, koleksi negara dan surat khabar tempatan.

Katanya, sepanjang pelaksanaan projek itu yang bermula 2018 hingga Disember 2019, PNM telah berjaya mendigitalkan sebanyak 1.7 juta muka surat bahan tempatan yang boleh diakses melalui portal u-Pustaka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI