fbpx

Kereta kebal Israel ‘terbedil’ Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dirakam pada 25 November lalu menunjukkan askar dan kereta kebal Israel. - AFP

TEL AVIV, Israel – Seorang kru kereta kebal Israel secara ‘tidak sengaja’ telah melepaskan bedilan meriam ke arah Genting Gaza, kata Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang memaklumkan bahawa pihaknya menyiasat insiden tersebut.

Menurut portal berita rt.com, insiden ‘ tembakan haram’ meriam kereta kebal itu adalah kali kedua dalam tempoh beberapa minggu.

IDF menyatakan dalam satu kenyataan bahawa tembakan tidak disengajakan itu berlaku semasa ‘misi untuk meningkatkan kerahan operasi’ dekat Gaza kelmarin.

Menurut laporan tempatan, peluru kereta kebal itu mengenai ‘binaan terbengkalai’ dan tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Gambar yang belum disahkan kesahihannya dan disebarkan di media sosial oleh wartawan fotografi di Gaza, Ahmed Al-Maqadma menunjukkan struktur yang rosak dengan lubang empat segi pada dindingnya di samping timbunan serpihan. Al-Maqadma berkata, binaan yang terkena tembakan meriam Israel itu adalah sebuah rumah tidak berpenghuni di timur Juhr al-Dik iaitu sebuah kampung di tengah Gaza.

Bedilan itu berlaku kurang sebulan selepas ‘salah faham’ lain dekat sempadan Gaza pada 21 November lalu yang menyaksikan sebuah kereta kebal Rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah pos kawalan pergerakan Hamas tanpa kebenaran. IDF mendakwa tembakan haram itu berpunca daripada kesilapan komunikasi antara komander menerusi hubungan radio. Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI