fbpx

Jamal Abdillah, Aishah layak ke AJL35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamal Abdillah bakal berentap semula di pentas AJL35.

PETALING JAYA – Sebanyak 12 lagu diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) selepas berentap merebut tempat menerusi tiga episod pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).

AJL35 yang dijangka berlangsung pada Februari 2021 juga bakal menyaksikan Datuk Jamal Abdillah kembali bertanding menerusi lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong duet bersama Wany Hasrita selepas hampir 20 tahun meninggalkan pertandingan tersebut.

Sementara itu, 11 buah lagu lain yang bakal memberi saingan sengit ialah 7 Nasihat (Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi), Gundah (Ernie Zakri) dan Gila (Kaka Azraff, Noki & Tuju).

Turut layak, tiga lagu lain, Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Eh (Zizi Kirana) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Terdahulu, lagu Hati dendangan Hael, 7 Nasihat (Shiha,Kmy Kmo dan Luca Sickta) dan Belenggu Rindu (Wany dan Jamal) masing-masing diumumkan sebagai Lagu Terbaik SFMM35 yang berlangsung sejak 20 November lalu.

Semua lagu bertanding dinilai tujuh juri profesional diketuai komposer terkenal, Azmeer.

SFMM35 yang bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya berlangsung pada 22 November lalu terpaksa ditunda selama dua minggu gara-gara salah seorang peserta, Alif Satar disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Senarai penuh 12 lagu layak ke AJL35:
1. Peluang Kedua – Hael Husaini (Hael Husaini & MFMF)
2. Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju (Noki, Loca B & Ezra Kong)
3. 7 Nasihat – Shiha, Kmy Kmo & Luca Sicta (Kmy Kmo & Luca Sickta)
4. Aku Bidadari Syurgamu – Aishah (Ippo Hafiz / Siti Rosmizah
5. Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana / Mambang & Zizi Kirana)
6. Semalam – Aina Abdul (Aina Abdul)
7. Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Hael Husaini & Ezra Kong)
8. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter (Dark)
9. Kau Sakiti – Amir Masdi (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage)
10. Hutang – Floor 88 (Zai Hamzah / Achoi Floor 88)
11. Hati – Hael Husaini (Ezra Kong & Hael Husaini)
12. Gundah – Ernie Zakri (Ernie Zakri & Sharon Paul)

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI