fbpx

Boleh bawa kereta naik feri Pulau Pinang hingga hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengambil peluang menaiki feri Pulau Pinang selepas maklumat mengenai perkhidmatan itu akan ditamatkan pada hujung bulan ini tular sejak Ahad lalu.

GEORGE TOWN – Pengguna kenderaan empat roda seperti kereta dan lori boleh menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang kali terakhir pada 31 Disember ini sebelum ditamatkan sepenuhnya.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng pada sidang akhbar hari ini berkata, pengguna pejalan kaki serta penunggang motosikal dan basikal bagaimanapun boleh terus menggunakan perkhidmatan itu dalam tempoh interim pada 1 Januari tahun hadapan hingga 30 Jun 2022.

Menurutnya, dalam tempoh itu, perkhidmatan dua buah bot laju berkapasiti 200 penumpang akan turut digunakan bagi mengangkut pejalan kaki.

Perkhidmatan itu menghubungkan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dan terminal sementara di Swettenham Pier.

Teik Cheng berkata, perkhidmatan feri ikonik berusia 126 tahun itu akan digantikan dengan katamaran atau teksi air dan pengangkut kenderaan sepenuhnya pada 1 Julai 2022.

Pengguna jalan raya boleh memilih laluan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai alternatif bagi merentasi kedua-dua kawasan pulau dan tanah besar negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI