fbpx

Saya akan jadi PM esok kalau semua sokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara berjenaka berkata beliau akan menjadi Perdana Menteri esok sekiranya semua orang (Ahli Parlimen) menyokongnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pembentukan kerajaan baharu sekiranya kerajaan tewas pengundian dalam bacaan kali ketiga Bajet 2021 di Parlimen esok.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ia terpulang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk menentukan siapa bakal menjawat jawatan Perdana Menteri.

Terdahulu, beliau mengadakan sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini bagi mengumumkan kerjasama antara kedua-duanya selain menyeru Ahli-Ahli Parlimen untuk membentuk jajaran baharu politik negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI