fbpx

Letupan kapal tangki di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan kapal Al Amal Al Saudi. - VesselFinder

RIYADH – Satu letupan berlaku di atas sebuah kapal tangki di luar bandar pelabuhan Jeddah di Arab Saudi, kata sumber maritim hari ini tanpa memperincikan puncanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi belum mengesahkan letupan itu, namun Operasi Perdagangan Marim United Kingdom (UKMTO) menyatakan, letupan berlaku di luar pantai Jeddah semalam. Jeddah menjadi pelabuhan utama di Laut Merah dan pusat agihan untuk gergasi minyak Arab Saudi, Aramco.

Insiden itu berlaku selepas letupan menggegarkan sebuah kapal tangki minyak Greece yang berlabuh di pelabuhan Shuqaiq, selatan Arab Saudi bulan lalu. Riyadh menyalahkan pemberontak Houthi di Yemen sebagai bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Firma risikan maritim berpusat di London, Dryad Global turut melaporkan letupan semalam dan menyatakan, ia mengenai sebuah kapal di pelabuhan Jeddah.

Menurutnya, kapal yang terjejas itu mungkin kapal tangki Desert Roses dari Jamaica atau kapal tangki tempatan, Al Amal Al Saudi.

Bagaimanapun, berdasarkan koordinat yang diperoleh daripada UKMTO, badan pengawasan kapal tangki, Tanker Trackers mengenal pasti kapal terbabit sebagai Al Amal Al Saudi.

“Kapal tangki ini hanya digunakan untuk mengisi minyak pada kapal-kapal lain. Letupan tidak menjejaskan eksport minyak mentah,” kata Tanker Trackers menerusi Twitter.

Insiden itu berlaku ketika militia Houthi yang disokong Iran meningkatkan serangan terhadap Arab Saudi sebagai membalas dendam kempen ketenteraan diketuai Riyadh di Yemen.

Pada bulan lalu, kumpulan pemberontak Houthi menyatakan bahawa mereka membedil sebuah loji milik Aramco dengan menggunakan peluru berpandu Quds-2. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI