fbpx

Lelaki ditahan bersama 4.47 juta rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan bersama 4.47 juta batang rokok putih seludup dalam satu operasi yang dilancarkan oleh cawangan perisikan dan siasatan khas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman di Kulim, Kedah semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) JKDNKA, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki tersebut ditahan selepas pihak polis menerima maklumat dari orang awam mengenai satu sindiket pengedaran rokok seludup yang bergiat aktif di sekitar kawasan utara semenanjung Malaysia.

“Pemeriksaan ke atas sebuah lori 10 tan bonded jenis Hino yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu menemui empat buah tangki air yang diisi dengan rokok seludup jenama John-Blend dan John Jgi.

“Polis kemudian bertindak merampas rokok-rokok tersebut beserta lori dan keempat-empat buah tangki Intermediate Bulk Containers (IBC) Water Tank. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim selama empat hari mulai 14 hingga 17 Disember 2020 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” tegasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI