fbpx

Ellen DeGeneres positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLEN DEGENERES

PENGACARA Ellen DeGeneres membuat pengumuman dirinya telah dijangkiti Covid-19 selepas disahkan positif pandemik maut itu.

“Hello semua, saya ingin memberitahu anda bahawa saya telah disahkan positif Covid-19. Tapi saya masih lagi berada dalam keadaan baik-baik sahaja,” ujarnya dalam satu status yang dimuat naik dalam Instagram.

Pada masa sama, pengacara yang popular menerusi rancangan The Ellen Show itu turut memberitahu bahawa dia sudah memaklumkan perkara itu kepada beberapa individu yang menjadi kontak rapatnya dalam waktu beberapa hari.

“Beberapa orang yang telah menjadi kontak rapat dengan saya telah diberitahu. Tolong jaga kesihatan anda,” ujarnya.

Menurut laporan agensi berita NBC News, ekoran daripada masalah tersebut, program The Ellen Show juga terpaksa dibatalkan rakamannya sehingga Januari 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI