fbpx

360 individu ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan seramai 360 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 340 individu telah dikompaun manakala 20 individu pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (186); gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (100), tidak memakai pelitup muka (47), aktiviti pusat hiburan (10), dan lain-lain (17),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut berjaya menahan 23 pendatang asing tanpa izin serta merampas lima kenderaan darat dan sebuah bot/ kapal.

“Anggota penguatkuasa juga telah membuat pemeriksaan di lapan tapak binaan di seluruh Malaysia semalam. Daripada jumlah itu, tujuh tapak binaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan manakala satu tapak binaan tidak beroperasi.

“Selain itu, pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas 11 jenis bekalan barangan di 614 premis perniagaan termasuk peruncit (430), pemborong (152) dan pengilang (32) juga mendapati bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI