fbpx

Raja Ilya berang produknya dipalsukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Ilya tidak puas hati selepas terdapat pihak yang memalsukan produknya.

PETALING JAYA – Pelakon yang kini menetap di Australia, Raja Ilya berang apabila mengetahui ada pihak tidak bertanggungjawab yang memalsukan produk perlangsingan yang diusahakannya tanpa memikirkan kesan buruk terhadap kesihatan pengguna.

Raya Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, melalui satu hantaran video di Instagram melahirkan rasa tidak puas hati dengan situasi itu yang bukan sahaja menghancurkan periuk nasi dirinya bahkan lebih buruk, memudaratkan kesihatan orang ramai.

“Saya sangat terkejut dapat tahu ada orang memalsukan produk saya dan jual harga murah-murah dan bila periksa bahan, gula melampau-lampau dan bila tuang dalam gelas tanpa air panas meletup-letup coklat itu.

“Saya tak tahu macam mana mereka boleh tidur malam dengan buat benda-benda yang tak patut atau benda-benda haram. Kalau orang tak dapat kesan apa benda semua dan dapat kencing manis, it’s going to go to me (saya akan dipersalahkan),” kata isteri kepada ahli perniagaan, Garrett Trent itu.

Berang apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang memalsukan produk keluarannya, Raja Ilya memaklumkan laporan telah dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) namun masih tiada tindakan lanjut.

“Ada syarikat dan kilang di Kelantan. Saya tak faham kenapa kenapa buat macam ini? Bagaimana kalau orang yang guna produk ini silap hari bulan mereka ada sakit jantung ke apa.

“Dan punca penyakit mereka kalau mereka mati disebabkan produk palsu macam ini. Sebab produk tiada kelulusan, masukkan benda-benda tak sepatutnya. Palsukan semuanya! Kotak dan serbuk pun ditiru 100 peratus.

“Apa yang kau orang dapat? Otak dekat lutut ke dekat mana? Ini soal nyawa, kalau orang masuk hospital terutama sekarang dengan Covid-19 apa semua, doktor tak layan,” getusnya.

Justeru, aktres yang cukup dikenali menerusi watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas itu menyarankan orang ramai berhati-hati dan mendapatkan produk yang asli.

Terdahulu, Raja Ilya mengusahakan produk perlangsingan seperti La Mocha dan Coco Hotz secara atas talian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI