fbpx

Mengarut! Tiada sejuta pengikut tidak boleh berlakon? – Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA ILYA

PETALING JAYA – Pelakon cantik Raja Ilya tampil meluahkan rasa kesal dan hairan dengan sikap segelintir penerbit dan stesen televisyen yang memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial berbanding bakat lakonan.’

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon itu yang kini menetap di Australia tertanya-tanya keperluan setiap pelakon yang ingin berlakon harus mempunyai jumlah bilangan pengikut yang tertentu.

Ujar Raja Ilya atau nama lengkapnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, dia melihat perkara seumpama itu adalah tidak wajar diamalkan untuk mengukur kredibiliti para pelakon dengan hanya melihat pada popularitinya dalam laman sosial.

“Sesuatu yang mengganggu saya sedang berlakon. Minta maaf, saya tidak boleh berdiam diri.

“Kenapa sampai jadi begini industri perfileman Malaysia kita? Dah kenapa? Sedangkan orang yang ikut perkembangan semasa buat siri dalam Netflix (contoh Squid Game) pun majoriti para pelakon tidak ada Instagram dan baru sahaja membuka laman sosial tersebut,” ujarnya.

Kata pelakon yang pernah membintangi filem KL Vampires itu lagi, dia akan menyuarakan tentang isu sama walaupun selepas mempunyai 10 juta pengikut dalam media sosial kerana merasakan perkara tersebut tidak wajar.

“Anak seni tanah air kita tak main media sosial. Mereka (pelakon) bermain di layar kaca. Bakat bukan mainan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Raja Ilya turut memuji sikap beberapa pelakon yang lantang mengkritik mengenai isu tersebut kerana berani untuk bersuara.

Terdahulu, pelakon berkaliber, Nam Rom mengejutkan peminat apabila menayang badan demi meraih sejuta pengikut dalam akaun Instagramnya.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, dipercayai memuat naik gambar berkenaan sebagai sindiran sinikal terhadap trend stesen televisyen yang memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial berbanding bakat lakonan.

Isu yang sama pernah dibangkitkan oleh rakannya yang juga seorang pelakon berkaliber, Amerul Affendi pada tahun lalu.

Amerul meluahkan kekesalan apabila menyedari stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikut media sosial tidak mencecah angka 500,000 orang. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI