fbpx

Kerajaan tamatkan PKPD di empat lokaliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA- Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 6,776 ujian saringan di kedua-dua lokaliti tersebut dan sebanyak 175 kes kumulatif Covid-19 telah direkodkan di Kg Numbak dan 224 kes di Penempatan Telipok.

“Sehingga kini KKM mengesahkan jumlah kes aktif di kedua-dua lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal. Atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini 13 Disember seperti mana dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di dua lokaliti berkenaan bermula 16 November.

Dua lagi lokaliti ialah Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah, Ipoh, Perak.

Bagi Zon A Taman Klebang Jaya, KKM telah melaksanakan 2,679 ujian saringan dan telah merekodkan sebanyak 37 kes kumulatif positif Covid-19.

“Selain itu, KKM turut mengesahkan masih terdapat kes aktif positif Covid-19 yang melibatkan pekerja warga asing tertumpu di Asrama Pekerja Kilang Yamaha.

“Manakala bagi Taman Pinji Mewah, KKM mengesahkan kesemua penduduk telah disaring sepenuhnya dan sebanyak 8 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti ini,” tambah beliau.

Justeru, kerajaan menamatkan PKPD di dua lokaliti itu kecuali bagi Asrama Pekerja Kilang Yamaha yang akan diteruskan dengan pelaksanaan PKPD selama tujuh hari lagi bermula 15 sehingga 21 Disember.

Dalam pada itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) di daerah Kinta turut ditamatkan pada esok kecuali di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta yang akan diteruskan pelaksanaan PKPB sehingga 20 Disember ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI