fbpx

Bung Moktar nafi tandatangan SD sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dakwaan terbaharu mengatakan beliau antara 10 Ahli Parlimen UMNO mengemukakan akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu menegaskan bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang pemimpin politik untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk SD berhubung pembentukan kerajaan.

“Mengenai nama saya yang dikaitkan dalam perkara ini, saya tidak mengetahuinya tentangnya dan saya sudah buat kenyataan tidak pernah memberi sokongan kepada mana-mana pihak pada bulan lalu.

“Perkara paling penting kita secara individu tidak pernah menyokong mana-mana pihak termasuklah Anwar untuk jadi ketua kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai isu terbabit, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menyatakan dakwaan yang mengaitkan namanya adalah spekulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, mungkin ada pihak tertentu sengaja mahu buat spekulasi.

“Rasanya banyak lagi kerja lain untuk saya buat terutama menumpukan kepada masalah rakyat dan saya berharap isu yang tidak membawa kebaikan seperti ini dihentikan segera kerana ia mengelirukan rakyat.

“Walaupun negara kita adalah negara demokrasi dan media sosial bebas untuk disalah guna, hentikan perkara tidak baik yang mengelirukan rakyat.

“Jika benar pihak yang mendakwa itu cukup majoriti, bawa SD itu dan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Tidak perlu buat kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Anwar semalam dikatakan sekali lagi cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI