fbpx

Bapa mengamuk sebelum tikam anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa tikam bapa kandung.

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan terburai usus akibat ditikam pada bahagian perut oleh bapa kandungnya dalam satu kejadian di tingkat 4, Flat Puchong Permai di sini hari ini.

Difahamkan, suspek berusia 27 tahun itu tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak menikam mangsa berusia 18 bulan pada pukul 3.45 petang.

Satu sumber berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang kanak-kanak ditikam pada bahagian perut oleh bapanya pada pukul 4.30 petang.

Suspek ditahan polis.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya memberkas suspek yang bekerja sebagai pemasang lapisan filem sebelum merampas pisau potong roti digunakan untuk menikam mangsa.

“Pengadu juga telah menghubungi pihak ambulans untuk membawa mangsa ke hospital Serdang. Mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di hospital yang sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurutnya lagi, hasil siasatan awal mendapati suspek tertekan selain dipercayai berada dalam pengaruh dadah.

“Mangsa tinggal bersama suspek, nenek dan datuknya selepas ibunya dipercayai menghilangkan diri sebaik dia dilahirkan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis akan menjalankan ujian air kencing terhadap suspek,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI