fbpx

Saluran Disney+ capai 86 juta langganan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SAN FRANCISCO – Perkhidmatan penstriman saluran televisyen Disney+ semalam mengumumkan jumlah langganannya kini mencecah 86.8 juta langganan.

Ketua Eksekutif Walt Disney, Bob Chapek berkata, jumlah langganan tersebut menjangkaui unjuran syarikat tersebut setakat 2 Disember lalu.

Chapek berkata, gergasi hiburan itu mengutamakan program eksklusif, rancangan televisyen dan filem asli serta himpunan perkhidmatan penstriman yang ditawarkan selain saluran Disney+ termasuk ESPN, Hulu dan Star.

“Kami sudah menjangkakan perkhidmatan yang hanya kami mampu tawarkan ini akan menepati cita rasa penonton dan menonjol dalam pasaran.

“Kejayaan ini secara langsung meningkatkan keyakinan kami dalam meneruskan penyediaan perkhidmatan terus kepada penonton,” katanya.

Saluran Disney+ bersaing dengan gergasi penstriman televisyen Netflix dan Amazon Prime dalam pasaran hiburan online.

Tambah Chapek, pada penstrukturan korporat yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan Disney membahagikan perkhidmatan pengedaran daripada pembuatan kandungan dalam usaha untuk lebih lincah dalam penyediaan rancangan kepada penonton.

Data terhadap kecenderungan khalayak yang dikumpul saluran Disney+ dikongsi bersama kumpulan kreatif untuk menghasilkan rancangan mengikut cita rasa penonton.

“Ini sangat penting kerana kelakuan pelanggan sentiasa berubah-ubah dengan pantas dan ketidaktentuan yang berpanjangan akibat pandemik,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI