fbpx

Negatif Covid-19, Sana TWICE kuarantin kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANA TWICE

BIARPUN telah disahkan negatif Covid-19, seorang anggota kumpulan TWICE, Sana tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan kuarantin kendiri hingga 18 Disember ini.

Pengurusannya, JYP Entertainment baru-baru ini mengisahkan kesemua ahli kumpulan tersebut termasuk kakitangan pengurusan mereka negatif Covid-19.

“Sana akan direhatkan daripada sebarang aktiviti seni, manakala ahli kumpulannya yang lain akan tetap meneruskan segala kerja-kerja promosi yang melibatkan kumpulan TWICE,” tulis kenyataan
tersebut.

Terdahulu, Sana merupakan salah seorang kenalan rapat kepada penyanyi Kim Chung-ha (Chungha) yang dilaporkan positif wabak tersebut baru-baru ini.

Berikutan itu, Sana atau nama penuhnya Sana Minatozaki, 24, secara sukarela melakukan ujian calitan Covid-19 sebelum bertindak menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI