fbpx

Inter bukan lagi kuasa besar Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYUDAH penyerang Inter, Lautaro Martinez tumpul apabila gagal meledak sebarang gol awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte menepis kritikan yang dilemparkan ke atas pasukannya selepas menamatkan peringkat kumpulan B saingan Liga Juara-Juara pada kedudukan tercorot gara-gara seri tanpa jaringan dengan Shakhtar Donetsk awal pagi semalam.

Keputusan tersebut memusnahkan harapan skuad The Nerazzurri untuk layak ke pe­ringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara atau Liga Europa sekali gus terpaksa fokus kepada saingan domestik sahaja musim ini.

Kata Conte, tiada masalah untuk memberikan pandangan termasuk mengkritik tetapi perlulah dengan fakta jelas dan tidak menjejaskan moral barisan pemain yang telah ber­usaha keras memburu kemenangan.

“Saya anggap kami tidak bernasib baik selepas terpaksa melupakan saingan Eropah musim ini. Pemain telah ber­usaha keras untuk mencatat kemenangan tetapi saya tidak tahu kenapa kami gagal menjaringkan sebarang gol.

“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku tetapi tidak perlulah memberi kritikan yang melampau. Saya percaya barisan pemain akan lebih fokus untuk mencapai sasaran dalam saingan domestik selepas ini,” katanya.

Sementara itu, kapten Inter, Samir Handanovic menegaskan, mereka layak tersingkir awal daripada pentas Liga Juara-Juara musim ini selepas gagal mempamerkan aksi konsisten. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI