fbpx

700 penduduk jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAH (kanan) ketika menerima sumbangan daripada Jagdeep (dua dari kanan) di PKPD Flat Desa Bestari, Batu Uban di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seramai 700 penduduk di dua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Flat Desa Bestari dan Flat Persiaran Paya Terubong di sini telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut, Datin Dr. Azizah Ab. Manan berkata, ujian saringan itu dijalankan dengan mengambil kira kapasiti makmal ujian Covid-19 di Ipoh, Perak.

“Bagi Pulau Pinang, kuota kita adalah 500 sampel setiap hari dan kita akan jalankan ujian saringan seramai mungkin terutama bagi penduduk di kawasan PKPD,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan untuk petugas barisan hadapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo di Flat Desa Bestari.

PKPD dilaksanakan membabitkan dua lokaliti zon merah iaitu flat-flat di Persiaran Paya Terubong, Relau dan Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban bermula 7 Disember sehingga 20 Disember ini.

PKPD di 13 blok flat di Persiaran Paya Terubong melibatkan 10,000 penduduk, manakala sebanyak 2,300 penduduk terlibat di Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban.

Menurut Azizah, pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai unit penilaian risiko yang akan menilai blok-blok kediaman berisiko tinggi yang dijangka mempunyai kes-kes Covid-19.

“Tumpuan ujian saringan akan diberikan kepada penduduk di blok kediaman di kawasan PKPD yang telah dinilai berisiko tinggi.

“Pada minggu awal PKPD ini, pasukan KKM akan menjalankan ujian saringan kepada mereka yang bekerja terlebih dahulu dan kemudian selepas selesai golongan ini, kita akan tumpu pada suri rumah dan lain-lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI