fbpx

Sultan Johor kurnia barang keperluan 140 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 140 buah keluarga terdiri dari 88 keluarga dari Kampung Pasir Gogok, Pengerang dan 52 keluarga dari Tanjung Surat menerima bantuan makanan kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KOTA TINGGI – Seramai 140 buah keluarga terdiri dari 88 keluarga dari Kampung Pasir Gogok, Pengerang dan 52 keluarga dari Tanjung Surat menerima bantuan makanan kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bantuan disampaikan Mejar Cina, Datuk David Wong kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail dengan kerjasama penghulu kampung.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan kurniaan barangan keperluan makanan oleh baginda disampaikan secara berterusan kepada golongan memerlukan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menurut kenyataan yang dimuatnaik itu, pelbagai lapisan masyarakat terus menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan bersyukur di atas sumbangan yang diterima daripada baginda.

Penduduk Pasir Gogok, Mariah Atan, 61, yang merupakan antara penerima sumbangan mendoakan agar baginda diberi kesihatan yang baik.

“Saya mendoakan Baginda Tuanku Sultan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia,”katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI