fbpx

Pengetua sekolah agama ditahan noda pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BACHOK – Seorang pengetua atau mudir di sebuah sekolah agama di Machang di sini ditahan polis selepas dipercayai menoda pelajarnya sejak dua tahun lalu.

Pengetua yang berusia 45 tahun itu, ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis di rumahnya di Machang pada pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa merupakan pelajar tingkatan lima di sekolah agama itu dan dipercayai menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dengan pengetua yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang berusia 17 tahun itu bersetuju tanpa dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Lelaki itu dipercayai mengajak mangsa ke sekolah semasa hari cuti atau ketika guru dan pelajar tiada di sekolah untuk melakukan perbuatan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini hari ini.

Menurut Shafien, perbuatan keji pengetua itu terbongkar apabila disedari oleh keluarga mangsa melalui pengaduan Talian Kasih sebelum ditularkan oleh masyarakat setempat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI