fbpx

Penduduk buntu air paip bertukar merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSUNAN gambar menunjukkan air berwarna merah jambu mengalir keluar dari paip air kediaman seorang penduduk di China. - Pear Video

BEIJING – Penduduk sebuah bandar di utara China buntu memikirkan fenomena air berwarna merah jambu yang mengalir keluar dari paip air di unit kediaman mereka.

Akhbar Daily Mail semalam melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Shuozhou, wilayah Shanxi awal minggu ini.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, mereka masih menyiasat kejadian itu selepas menyaksikan beberapa klip video mengenai kejadian itu tular di media sosial di China.

Klip video yang dirakam penduduk menunjukkan aliran air keluar berwarna merah jambu dari paip bilik mandi dan dapur.

Kejadian serupa berlaku semalam di bangunan kediaman di sebuah sekolah menengah yang merupakan tempat tinggal beberapa orang guru dan keluarga mereka.

Jurucakap sekolah berkenaan mengesahkan kejadian itu sambil menambah, air paip di kawasan kampus kekal normal.

“Ini berlaku sehari atau dua hari lalu. Kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku,” katanya kepada laman berita Pear Video.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Hasil keputusan siasatan belum diperoleh. Mungkin dalam beberapa hari akan datang,” kata pegawai di Pentadbiran Bandar Shuozhou. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI