fbpx

Anak jadi penakut akibat momokan hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
AZIMI MUSTAPHA,PENGARANG BERITA KOSMO.

“JANGAN pergi ke rumah tinggal itu, nanti kamu disorok hantu!” Itu antara ayat biasa yang diucapkan orang tua zaman dahulu bertujuan untuk mengelakkan anak kecil mereka daripada bermain jauh dari rumah.

Berkemungkinan maksud di sebalik ungkapan itu berniat baik bagi menjaga ­anak mereka supaya tidak melakukan perkara tidak sepatutnya. Malangnya, ia boleh menyebabkan seseorang menjadi penakut melampau.

Perasaan takut terhadap hantu, syaitan dan jin akan terus membelenggu kehidupan mereka dari kecil sehingga ke alam persekolahan, malah berterusan setelah mendirikan rumah tangga.

Ekoran terlalu takut hantu, mulalah mereka mempelajari ilmu pendinding kononnya untuk melawan dan menjauhkan makhluk halus berkenaan.

Akhirnya, mereka terlalu sibuk dengan perkara tidak berfaedah itu sehingga terlupa tanggungjawab lebih penting seperti mendalami ilmu agama dan berdakwah.

Bagi yang tinggal di asrama sama ada di sekolah menengah mahupun universiti, mereka turut tidak terlepas dengan momokan cerita hantu yang dikatakan mendiami tempat tersebut.

Ini sedikit sebanyak mempengaruhi minda pelajar hinggakan hendak pergi ke tandas pun minta ditemankan rakan sebilik.

Ia sudah pasti memberikan kesan negatif dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka akan membesar sebagai manusia yang lemah iman serta tiada keyakinan.

Kebanyakan mereka lebih percayakan tangkal dan bomoh sebagai cara untuk menghindari diri daripada makhluk halus.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemunculan filem-filem yang memaparkan cerita hantu ‘murahan’.

Ini tentu menyebabkan seseorang anak kecil hatta orang dewasa yang obses dengan filem tersebut tidak berani tinggal di rumah seorang diri terutamanya pada waktu malam kerana bimbang dikacau hantu.

Ini ditambah dengan cerita penduduk kampung di Sabak Bernam, Melaka, Pandamaran dan Johor Bahru baru-baru ini yang diganggu ketukan misteri di pintu rumah mereka di tengah malam.

Hingga ke hari ini misteri tersebut masih belum terungkai.

Sememangnya hantu dan jembalang menurut ahli agama adalah jin yang bertujuan menyesatkan umat manusia di muka bumi ini.

Sebagai orang Islam kita wajib mempercayai kewujudan alam ghaib ciptaan Allah. Namun, percaya tidak bermakna kita perlu takut dengan makhluk jahat yang cuba menyesatkan umat Islam.

Kita juga hendaklah sentiasa yakin hanya Allah yang berkuasa terhadap semua makhluk di dunia ini. Hantu, syaitan atau jin cuma makhluk kerdil yang tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah.

Dalam hal ini, sebagai ibu bapa beragama Islam, kita harus mendidik anak­-anak dengan memberitahu mereka bahawa hantu merupakan jelmaan daripada syaitan atau jin yang hendak mengganggu manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI