fbpx

Aksi tertunda selepas pengadil keempat cetus isu perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain PSG dan Basaksehir bertindak meninggalkan padang selepas didakwa berlaku isu perkauman yang dicetuskan oleh pengadil keempat perlawanan di Parc des Princes awal pagi semalam.

PARIS – Aksi Liga Juara-Juara antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Istanbul Basaksehir di Parc des Princes awal pagi semalam terpaksa ditunda awal pagi tadi selepas berlaku isu perkauman.

Insiden itu terjadi selepas pemain kedua-dua pasukan bertindak meninggalkan padang ketika perlawanan terhenti pada minit ke-14 gara-gara isu perkauman oleh pengadil keempat dari Romania, Sebastian Coltescu.

Terdahulu, pengadil, Ovidiu Hategan melayangkan kad merah kepada penolong jurulatih Basaksehir, Pierre Webo kerana bertelagah dengan Coltescu yang didakwa menggunakan perkataan berbaur perkauman.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam satu kenyataan memberitahu, satu siasatan akan dijalankan berhubung insiden Coltescu didakwa menggelarkan Webo sebagai ‘negro’.

Insiden itu turut mendapat perhatian Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mahu UEFA mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rasis ke arah salah seorang staf Basaksehir (Webo) dan saya percaya UEFA akan mengambil langkah yang sepatutnya,” jelas Erdogan.

Penangguhan aksi itu langsung tidak menjejaskan peluang PSG yang tetap berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati ekoran kekalahan Manchester United kepada RB Leipzig awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI