fbpx

Teruskan patuh saranan KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Setiap individu yang mahu merentas negeri dan daerah dinasihatkan supaya mengamalkan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, biarpun ketika ini rakyat dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah, perang melawan Covid-19 masih belum tamat.

“Amalkan syor oleh KKM bagi mengelakkan jangkitan dan pesanan ini adalah untuk setiap individu di negara ini. Walaupun kita beri kelonggaran (merentas negeri dan daerah), kita belum lagi menang.

“Kita masih berperang dan sekiranya setiap individu mengambil langkah pencegahan, insya-Allah ia boleh dikawal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya mengenai laporan sebuah akhbar edaran percuma yang mendakwa vaksin dari China tidak selamat, beliau menafikan perkara tersebut.

“China pernah mengeluarkan vaksin seperti polio, influenza dan hepatitis A malah, berpengalaman untuk membuat vaksin cuma kali ini berbeza kerana ia vaksin baharu.

“Justeru, ia perlu kajian fasa klinik, fasa pertama, kedua dan seterusnya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI