fbpx

KPLB mohon RM38.9 juta baiki cerun runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latiff.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memohon peruntukan sebanyak RM38.9 juta bagi kerja-kerja pembaikan cerun di Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang.

Menterinya, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata, peruntukan itu bagi memastikan kerja-kerja penyenggaraan dapat dilaksanakan secara berkala.

Beliau berkata, kerja-kerja pembaikan dijangka dimulakan pada tahun 2021 tertakluk kepada kelulusan peruntukan.

“Kami ambil maklum mengenai kejadian cerun runtuh di kawasan itu yang disiarkan media pada 6 Disember lalu.

“Jalan tersebut membabitkan jajaran di Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling. Laluan itu adalah sebahagian daripada enam fasa projek di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) dilaksanakan KPLB yang menelan belanja sebanyak hampir RM1.1 billion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd. Latiff berkata, jalan sepanjang 107 kilometer (km) tersebut menghubungkan Kuala Tahan di Jerantut Pahang sehingga ke Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun Terengganu yang mana pada masa ini dua fasa telah siap sepenuhnya iaitu pada 26 Oktober 2015 (Fasa 1) dan 30 Jun 2018 (Fasa ke-2).

Beliau berkata, kedua-dua fasa berkenaan telah memperoleh Certificate of Practical Completion (CPC) serta Certificate of Making Good Defects (CMGD) yang dikeluarkan masing-masing pada tahun 2017 dan 2018.

“Bagaimanapun, kejadian cerun runtuh yang berlaku adalah semasa proses rundingan untuk pewartaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang (JKRN).

“Untuk itu, kementerian dan JKRN Pahang akan bekerjasama bagi membaik pulih jalan berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI