fbpx

Berry Good lega negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERRY GOOD

SELEPAS beberapa petugas syarikat pengurusan mereka dijangkiti Covid-19, kumpulan Berry Good mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani ujian calitan.

Mereka kini boleh menarik nafas lega selepas disahkan negatif Covid-19, namun tetap menjalani kuarantin kendiri.

JTG Entertainment dalam satu kenyataan yang berkata, keempat-empat anggota kumpulan itu berada dalam keadaan sihat.

“Selepas Ketua Pegawai Eksekutif kami dan seorang pengurus disahkan positif Covid-19, kesemua anggota Berry Good menjalani ujian saringan pada 1 Disember lalu.

“Hal ini kerana mereka merupakan kontak rapat kepada kedua-dua kes positif yang dilaporkan,” ujar wakil JTG.

Tambah agensi itu lagi, mereka akan menjalankan pemeriksaan terhadap mana-mana artis dan kakitangan yang berpotensi terdedah terhadap jangkitan koronavirus.

“Kami sentiasa berusaha keras untuk memastikan keselamatan dan kesihatan staf kami terjamin.

Kami mohon maaf jika telah menimbulkan sebarang kesulitan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI