fbpx

Terkilan iman sebagai muslim dipersoalkan – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHAEL ANG

PETALING JAYA – “Saya tak kisah Kak Ani nak kecam saya sebab saya kecam persembahan dia dalam GV7, tetapi yang saya kecewa apabila dia dan peminatnya mempersoalkan iman saya sebagai seorang muslim.”

Demikian kata penerbit yang juga pengarah drama popular, Michael Ang menjawab respons tidak puas hati penyanyi Noraniza Idris apabila persembahannya menerusi Separuh Akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) dikritik hebat lelaki itu dalam Twitter.

Ujar Michael, 44, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersemuka dengan Ratu Irama Malaysia itu selepas tamat program realiti tersebut.

“Kalau dia ingin jumpa saya sebab tidak berpuas hati dengan cara saya kritik, saya tiada masalah langsung dan bersedia untuk bersemuka.

“Apa yang membuatkan saya sedikit terkilan apabila Kak Ani (Noraniza) atau peminatnya kata saya masuk Islam sebab mahu raih simpati, populariti dan glamor.

“Kalau saya masuk Islam sebab nak popular, saya tiadalah mahu sembunyikan sudah peluk Islam sampai orang lain sendiri kantoikan Kad Islam saya,” getus pengarah Perempuan Tanpa Dosa itu ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Kata Michael, berstatus penyanyi yang disegani ramai, Kak Ani patut peka apabila bertanding dalam program realiti, orang akan sentiasa bercakap tentang prestasinya.

“Saya beri komen sebagai seorang netizen bukan sebab saya benci atau tidak suka Kak Ani. Saya amat menghormatinya sebagai seorang penyanyi yang memperjuangkan lagu Irama Tradisional. Saya minat lagunya, Dikir Puteri.

“Kalau Kak Ani tak boleh dikritik, nasihat saya, tak payah masuk bertanding. Dia patut sedar, orang akan sentiasa bercakap sama ada dia menghadirkan persembahan yang bagus atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta GV7 menerusi Twitter dan nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada pengarah itu.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI