fbpx

Pindah rumah selepas tidak tahan pintu diketuk lembaga putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEMBAGA misteri dilihat mengintai di sebalik pintu dapur sebuah pangsapuri di Britain baru-baru ini. – Reddit

LONDON – Seorang lelaki nekad berpindah keluar dari pangsapurinya selepas secara tidak sengaja merakam imej lembaga misteri mengintainya di sebalik pintudapur kediaman tersebut, lapor akhbar The Mirror UK kelmarin.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berkata, dia terdengar bunyi ketukan kuat dari ruang dapur baru-baru ini dan membuat keputusan untuk me­rakam gambar pelakunya.

“Saya terdengar bunyi bising dari dari dapur dan merakam gambar sebelum menemui ini (entiti misteri),” katanya selepas memuat naik gambar itu di laman sosial Reddit.

Gambar itu menerima kira-kira 1,000 komen netizen de­ngan sebahagian besar mengaku terkejut melihat lembaga putih sedang mengintai dari belakang pintu dapur.

Gambar itu kemudian tular di internet.

“Saya membesarkan gambar itu untuk melihat apa yang ada dan terkejut hingga hampir tercampak iPad yang saya letakkan di atas paha,” kata seorang netizen di Reddit.

Seorang lagi netizen berkata: “Jika imej ini bukan palsu, maknanya kamu ada masalah hantu. Saya doakan ia bukan se­perti apa yang kami nampak.”

Ramai juga netizen mempertikaikan gambar itu disebabkan faktor resolusi dan mendakwa imej itu diedit semula dengan meletakkan wajah entiti dekat pintu dapur.

Lelaki yang memuat naik gambar seram itu berkata, dia sudah memeriksa kediaman itu selepas membuat rakaman dan mendapati tiada sesiapa berada di dalam rumah selain dirinya.

“Pintu depan sudah dikunci dan semua tingkap ditutup. Tiada sesiapa di dalam rumah ini dan saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Selepas melihat kejadian itu, saya membungkus barang sendiri dan merancang untuk kembali tinggal bersama keluarga. Saya sudah ceritakan kepada rakan-rakan serumah tetapi mereka mahu kekal tinggal di situ,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI